Wednesday, March 10, 2010

TENTANG PENDIDIKAN NEGARA...

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG RASMI SEKOLAH KEBANGSAAN LEPAR.

Berikut merupakan VISI, MISI, IKRAR KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA DAN FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA yang sangat penting dalam memastikan sistem pendidikan Malaysia terus berjalan lancar.



VISI PENDIDIKAN NEGARA

Sekolah Unggul Penjana Generasi Gemilang



MISI PENDIDIKAN NEGARA

Membangun potensi individu melalui pendidikan berkualiti

Melahirkan bangsa Malaysia yang taat setia dan bersatupadu.

Melahirkan insan yang beriman, berakhlak mulia, berilmu, berketerampilan dan sejahtera.

Menyediakan sumber tenaga manusia untuk keperluan kemajuan negara.

Memberi peluan-peluang pendidikan kepada semua warganegara Malaysia.



IKRAR KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Kami warga Kementerian Pelajaran Malaysia dengan penuh tekad dan iltizam berikrar dan berjanji akan munumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk:

Menyediakan sistem pendidikan yang terbaik berasakan budaya ilmu bagi memenuhi kehendak individu, masyarakat dan negara serta memenuhi matlamat perpaduan negara;

Menentukan keluaran sistem pendidikan mempunyai nilai-nilai teras yang ditetapkan dan ciri-ciri yang selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan;

Memberi peluang yang sama kepada setiap kanak-kanak tanpa mengira latar belakang, agama dan keturunan untuk mendapat pendidikan yang sebaik-baiknya;

Mewujudkan jentera dan sistem pengurusan pendidikan yang cekap, berkesan, canggih, dinamik dan berteraskan kepada pembaharuan yang berterusan;

Mengurus kerja dengan cekap, pantas dan bijaksana;

Menyediakan staf yang mencukupi serta berdedikasi, komited, terlatih, berdisiplin, bertanggungjawab dan produktif;

Menyediakan kemudahan-kemudahan pendidikan yang selesa, lengkap dan mencukupi berteraskan piawaian-piawaian tertentu selaras dengan pengalaman perkhidmatan penyayang;

Memastikan kementerian sentiasa peka dan responsif kepada kehendak-kehendak dan keperluan-keperluan pelanggan - murid, guru, masyarakat dan negara/Kerajaa; dan

Meningkatkan kegemilangan dan martabat profesion keguruan untuk menarik individu-individu yang terbaik menyertai perkhidmatan pendidikan.



FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kapada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.




disediakan oleh
NUR HANIZA ALLUWI
FASILITATOR SCHOOLNET
SK LEPAR, PEKAN

No comments:

Post a Comment